Selepas berdepan dengan gangguan siaran untuk hampir sehari suntuk, perkhidmatan Astro dan NJOI dikatakan kini telah kembali pulih sejak dari jam 9.00 malam tadi.
Bagi pengguna yang masih lagi belum dapat menonton siaran-siaran yang disediakan, pihak Astro menasihatkan supaya untuk memulakan Astro Box masing-masing.
Bagaimanapun, untuk sesetengah pengguna yang tinggal di bangunan tinggi, apartment atau pemasangan Astro yang bukan standard seperti Multiroom, masalah gangguan siaran ini mungkin masih lagi berlaku pada sesetengah saluran.
Untuk sementara waktu sepanjang tempoh pemulihan ini, pengguna yang masih lagi terkesan diminta untuk meneruskan penstriman melalui aplikasi Astro Go.














Astro saya masih tdk blh mngakses channel 2…sudah 4 hr ..hr ke 4 hampir semua channel tdk blh buka..