Astro dan Netflix secara rasminya telah mengesahkan ura-ura kerjasama antara kedua belah pihak menerusi pengumuman bersama yang dibuat sebentar tadi. Netflix menjadi perkhidmatan penstriman keempat yang telah menjalinkan kerjasama dengan Astro selepas Disney+ Hotstar, iQiYi dan HBO.
Di dalam pengumuman tersebut, kedua-dua pihak turut menyatakan pelanggan Astro akan dapat mengakses ke kandungan Netflix melalui Astro Box pelanggan. Integrasi ini akan disediakan pada Astro Ultra Box terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke Astro Ulti.
Kerjasama ini juga membolehkan pelanggan yang memiliki Astro dan Netflix menyatukan pembayaran perkhidmatan tanpa perlu membayar langganan secara berasingan.
Pihak Astro mengatakan akan memberikan maklumat lanjut mengenai tawaran pelan Netflix dalam masa yang terdekat ini. Dalam pada masa yang sama, Astro telah membuka laman untuk pendaftaran minat bagi pelanggan-pelanggan yang ingin mendapatkan produk terbaru ini di astro.com.my/netflix
Betul kata orang jika tak mampu kalahkan pesaing, jadilah rakan kongsi kepada musuh… tapi betul ke tindakan Astro ni ye. Orang ramai dah start mula stop langgan astro caj tersembunyi.
…
filem10minit.blogspot.com
Filem Seram Pendek