Astro telah mendedahkan akan mula melakukan demonstrasi bagi menguji keupayaan syarikat penyiaran berkenaan dalam menyiarkan rancangan televisyen berkualiti Ultra HD. Berdasarkan apa yang dinyatakan di dalam emel kepada pihak media, demonstrasi ini akan dipamerkan secara tertutup pada bulan depan.
Diuar-uarkan sebagai siaran langsung Liga Perdana Inggeris pertama yang dipancarkan dalam bentuk Ultra HD di Malaysia, pihak Astro turut merancang untuk membuat pengumuman khas berkenaan siaran Ultra HD di dalam majlis tesebut.
Ini bukanlah kali pertama Astro menyatakan hasrat untuk memancarkan siaran berkualiti Ultra HD. April baru-baru ini, Astro telah menyatakan perancangan untuk menyiarkan EPL di Malaysia dalam format Ultra HD pada bulan Oktober ini melalui laporan kewangan suku tahun pertama syarikat penyiaran berkenaan.













