Astro dan Maxis hari ini telah mengumumkan pelan pukal terbaru dari kedua-kedua perkhidmatan yang menggabungkan pakej kandungan TV satelit dan internet jalur lebar yang dikenali sebagai Astro & Broadband. Boleh dilanggan bermula dari hari ini, pakej ini boleh didapati dalam dua pilihan kelajuan iaitu; 30Mbps dan 100Mbps.
Menurut laman web rasmi Astro, pakej Astro & Broadband ini menawarkan penjimatan sehingga RM720 dalam tempoh 24 bulan dan bentuk rebat bayaran bil. Pakej pukal ini turut ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan baru Astro bersama-sama kontrak langganan untuk tempoh 24 bulan.
Pakej pukal ini menawarkan kadar bulanan serendah RM123.95 menerusi Pek Astro Family + Maxis Home Broadband 30 Mbps. Bersama-sama pakej ini, pengguna turut diberikan akses ke perkhidmatan penstriman Astro Go.
Layari laman web rasmi Astro untuk maklumat lanjut yang juga turut menyediakan dokumen FAQ untuk keterangan yang lebih terperinci.
Sumber berita diperoleh dari Astro