Ibarat anjing dan kucing, Astro dan hujan memang tak pernah ngam. Walaupun sudah bertukar jenis dekoder, masalah penerimaan signal sewaktu hujan masih lagi berlaku.
Bil nak mahal. Dah tahun 2013 ni pun settle-settle lagi problem signal time hujan. Boleh tahan jugak benak Astro ni.
Dulu zaman tengok TV pakai antena yagi tak pernah pun ada masalah macam ni. Elok je keluar siaran time hujan.
Mujur Astro yang kat TV ni mertua aku yang subscribe. Aku punya dah lama aku terminate.















Setuju3x… Kalau ada pilihan lain lama dah pecat si astro nie..
Tu la pasal. Astro ni memang dah pegangn monopoli siaran tv berbayar, sampai kita takda pilihan lain.
masa tengok tv zaman antenna, bila hujan memang akan switch off. itu atas pilihan sendiri. sekarang zaman astro akan off tv bila line jadi macam kat atas tu. hahaha hampeh betul.
itu hari astro call aku. dia offer pvr untuk record cerita. aku jawab la aku tak nak. dia tanya kenapa? laa lagi mau tanya kenapa, kan ke astro tu repeater punya channel. asyik movie yang sama aje ulang, so buat apa saya nak ada recorder?
Signal pun semput-semput, ada hati Astro ni nak push sales suruh orang beli dia punya add-on. Haha. Tapi memang betul pun, rancangan dari Astro ni banyak yang ulang-ulang punya. Kadang dah sampai naik boring tengok rancangan yang sama.
amik njoy je..sekali bayar rm150. tak payah bayar dh bulan-bulan.tp channel amat terhad la. yg paling basic. tv 1 2 3 8 9 , 104 dan channel bahasa tamil
kalau macam tu sama aje tak payah ambil njoy kan? tengok aje channel tv biasa.
Pakej nJoi ni, maybe menarik untuk pelanggan yang minat dengan channel khas dari Astro macam 104, 105. Channel macam Ria tu pun ramai jugak peminatnya.
tak pernah lagi guna astro.. jadi tak tahu nak komen apa.. hehe..
Hehe. Astro ni walaupun ramai orang tak suka, tapi ramai jugak subscriber dia. Nak buat macam mana, dah monopoli. Terpaksalah terima. Huhu
Assalam
Masih belum kalis air tu.
Astro ni tak kalis air, tapi diorang ni kalis maki. Pelanggan kompelin macam-macam pun, servis dia tahap macam tu jugak. Tahan maki betul.
skang ni lagi la dah masuk musim hujan…
Kalau straight sebulan ni hujan lebat, memang pelanggan Astro bayar buta-buta je bil tu.
kau agak kan, kalau kita tak nak bayar sebab hujan, depa nak terima ke ah lasan kita tu?
Entah, mau ke Astro ni bagi rebate sebab diorang punya fault?
jatuh la saham kalau depa mengaku.
boikot astro.. ramai yang komplen pun masih tahap tu juga servis mereka. tak makan saman la astro nih..
aku boleh hidup dgn bahagia tanpa astro… asalkan ada internet la, hehehe~ 🙂
Tu la Astro ni memang selalu menyakitkan hati
Saya bukan marah pada hujan yang turun
Tapi marah pada Astro yang servis tak ada kualiti
Benda ni memang tak boleh buat apa pun bro. cuma boleh kurangkan je. Astro guna signal satelit. Bila awan hujan halang signal tu tertanggu tu. Kalau pakai piring besar (hitam) dah ok sikit dah. Takda teruk. Aku cuma tak setuju bab harga je. Kalau harga tu kurang, rasanya signal terganggu masa hujan tu orang boleh tutup mata lagi.
bil nak caj mahal2. tp servis kekadang cm haremm!
17 ogos 2023…masalah astro dengan hujan masih kekal..hahahaha…