Menjelang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh yang bermula esok, Astro memberikan akses percuma ke saluran-saluran yang terpilih. Saluran tersebut merangkumi pakej Kids, News dan saluran filem Bollywood yang boleh dinikmati selama dua minggu bermula dari 1 Jun.
Menurut Astro, pihaknya komited membantu rakyat Malaysia mendepani cabaran pandemik ini dengan menyediakan kandungan bermaklumat.
Berikut adalah saluran-saluran yang ditawarkan oleh Astro bermula dari 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021.
Saluran Berita
- ABC Australia (CH 518)
- Al-Jazeera (CH 513)
- Astro Awani (CH 501)
- BBC World News (CH 512)
- Bloomberg TV (CH 517)
- CGTN (CH 503)
- Channel News Asia (CH 515)
- CNBC Asia (CH 516)
- CNN (CH 511)
- Sky News (CH 514)
Saluran Kanak-Kanak
- Astro Ceria (CH 611)
- Astro Xiao Tai Yang (CH 304)
- Boomerang (CH 619)
- Cartoon Network (CH 615)
- Nickelodeon (CH 616)
- Nick Jr (CH 617)
- Ta-Daa! (CH 612)
Astro Box Office Movies
- BollyOne (CH 251)
Kesemua saluran-saluran ini boleh dinikmati oleh seluruh pelanggan-pelanggan Astro melalui set kotak TV dan juga secara dalam talian menerusi aplikasi Astro Go dan pelayar web.













