Apple Watch Pro dijangka akan membuat kemunculannya di dalam Apple Event nanti, Far Out. Menjelang pelancarannnya yang kian hampir, semakin banyak info mengenainya yang tertiris di arena web.

91mobiles telah berkongsikan apa yang didakwa sebagai imej pengolokan CAD Apple Watch Pro. Berdasarkan imej yang dikongsikan tersebut, didapati ia akan hadir dengan skrin yang lebih besar dan berkemungkinan ia hadir dengan saiz 49mm, berbanding kebiasaannya sekitar 41mm dan 45mm.

Penganalisis popular dari Bloomberg, Mark Gurman turut berkongsikan menerusi retweet kepada imej pengolokan tersebut.

Selain dari pertambahan dari segi saiz paparan, Apple Watch Pro juga dilihat hadir dengan butang tambahan baharu pada sebelah sisi bingkai digitalnya. Gurman menjangkakan ia boleh diprogramkan untuk para peminat kecergasan memanfaatkannya ketika bersenam.

Gurman juga menjangkakan terdapat muka-muka jam baharu yang akan diperkenalkan sesuai dengan saiz skrinnya yang lebih besar tersebut. Ini bermakna, lebih banyak maklumat berkaitan kecergasan dan sebagainya boleh dipaparkan melaluinya.

Apa pun, menjelang hari Apple Event Far Out ini kita akan dihidangkan dengan lebih banyak info-info menarik berkaitan peranti-peranti Apple.

Tinggalkan komentar