Sejak Face ID mula diperkenalkan pada iPhone X beberapa tahun lalu, Apple tidak lagi menggunakan Touch ID kerana digantikan dengan ciri pengecaman wajah tersebut. Sehingga kini, masih terdapat ramai lagi pengguna yang lebih gemar Touch ID walaupun terdapat kemungkinan ia tidak kembali.
Pun begitu, terdapat pelbagai desas-desus yang mengatakan Apple mungkin akan membawakannya kembali ke iPhone. Menurut Mark Gurman di dalam surat berita Bloomberg menyatakan Apple kini sedang menguji untuk mengembalikan Touch ID.
Ciri keselamatan biometrik ini bagaimanapun bukan Touch ID bentuk butang fizikal pada ‘Home.’ Buat masa ini, hanya siri iPhone SE sahaja yang masih mengekalkan butang Touch ID fizikal.
Menurut Mark Gurman lagi, Touch ID bagaimanapun mungkin tidak akan datang kembali dalam masa terdekat ini:
“Over the past few years, there have been discussions within Apple about bringing Touch ID back to high-end iPhones. The company has tested in-screen Touch ID and even contemplated putting it on the power button. At this point, I believe Face ID is here to stay and Touch ID won’t be returning to flagship iPhones—at least anytime in the foreseeable future,”
Tidak dapat dipastikan sama ada Apple akan meneruskan ciri Touch ID terbina dalam skrin tersebut memandangkan telefon pintar Android sudah lama dilengkapkan dengan ciri seakannya.
Android sudah lama memperkenalkan pengimbas cap jari terbina dalam skrin sejak Apple memperkenalkan Face ID. Imbasan cap jari di dalam skrin kian bertambah baik berbanding awal pengenalannya dahulu melalui sensor yang semakin sensitif dan tepat.













