Apple mengambil langkah yang amat luar biasa apabila menerbitkan kemaskininya pada hari Sabtu dan ianya hadir sejam sejurus masalah pepijat pada iOS 11 yang menyebabkan iPhone tergendala. Pepijat pada iOS 11.1.2 ini telah menjadi punca iPhone tergendala apabila aplikasi pihak ketiga menggunakan notifikasi secara berturutan seperti mengeluarkan peringatan.
Kemaskini iOS 11.2 yang dilancarkan pada hari ini turut bertujuan menyelesaikan permasalahan ini selain dari memperkenalkan fungsi-fungsi terbaru. Apple pada kebiasaannya menerbitkan kemaskini pada hari Selasa, cuma ia diterbitkan lebih awal bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
iOS 11.2 merupakan kemaskini yang besar dan ia turut memuatkan fungsi Apple Pay Cash untuk Amerika Syarikat. Fungsi ini boleh digunakan di dalam aplikasi Messages (sebaik sahaja pelayan mula beroperasi) dan juga membenarkan pengguna iPhone menghantar wang melalui iMessage. Lebih kurang sama macam Venmo.
Nilai tunai berkenaan akan dideposit pada kad Apple Pay Cash di dalam aplikasi Wallet iOS 11.2 dan boleh digunakan untuk membuat pembelian melalui Apple Pay atau memindahkannya ke akaun bank.
Kemaskini terbaru ini juga turut memperkenalkan fungsi pengecasan pantas tanpa wayar untuk iPhone X dan iPhone 8 dengan membawakan kelajuan 7.5 watts melalui pad mengecas berasaskan Qi. Oleh yang demikian, peranti dapat dicaskan lebih pantas berbanding sebelumnya.
Turut diperkenalkan adalah live wallpaper terbaru bersama-sama beberapa pop-up yang menjelaskan togol Control Centre Wi-Fi dan Bluetooth telah pun berubah.
Pengguna peranti-peranti Apple boleh memuat turun iOS 11.2 melalui seksyen kemaskini perisian di dalam tetapan iOS. Jika anda mengalami masalah yang disebabkan oleh pepijat berkenaan, anda dinasihatkan supaya segera mendapatkan muat turun kemaskini berkenaan.
Sumber berita diperoleh dari CNET













