Ketika ciri Apple Pay mula hadir secara rasminya ke pasaran Malaysia pada bulan lepas, ia mula menawarkan sokongan untuk tiga bank di Malaysia iaitu AmBank, Maybank dan Standard Chartered. Pada ketika itu juga, hanya kad kredit dan debit Visa atau Mastercard sahaja yang disokong.
Ketika pelancarannya, dahulu Apple menyatakan sokongan untuk kad American Express (AMEX) sedang diusahakan dan kini ia sudah boleh digunakan.
Buat masa ini, hanya Maybank sahaja menawarkan kad AMEX di Malaysia, menurut laman web rasmi AMEX Malaysia. Maybank telah mengemaskini dokumen soalan-soalan lazim Apple Pay yang kini menyertakan senarai kad-kad AMEX:
- The Platinum Card®
- American Express® Gold Charge Card
- American Express® Charge Card
- Maybank 2 Cards Premier Reserve American Express®
- American Express® Platinum Credit Card
- American Express® Cash Back Gold Credit Card
- Maybank 2 American Express® Platinum Card
- Maybank Islamic Ikhwan American Express® Platinum Card-i
- Maybank 2 American Express® Gold Card
- Maybank Islamic Ikhwan American Express® Gold Card-i
- Singapore Airlines KrisFlyer American Express® Platinum Credit Card
- Singapore Airlines KrisFlyer American Express® Gold Credit Card
- Shell easiGO American Express® Prepaid Card
Melalui penambahan ini, kad-kad Maybank yang boleh dipautkan dengan Apple Pay kini berjumlah 49 kad. Dalam pada masa yang sama, Maybank juga menghantar SMS bagi memaklumkan pengguna berhubung sokongan kad AMEX untuk fungsi ini.













