Apple akan mula meminta izin untuk menghidupkan Personalized Ads di dalam iOS 15. Fungsi bertujuan menyediakan iklan yang relevan kepada pengguna di dalam App Store dan Apple News berdasarkan aktiviti pengguna.

Sebelum ini Apple mengumpulkan maklumat berkenaan secara lalai dan kini mereka akan mula meminta izin dari pengguna terlebih dahulu.

Dalam pada masa yang sama, Apple juga meminta pembangun-pembangun lain meminta izin dari pengguna melalui App Tracking Transparency. Langkah ini dilihat sebagai usaha Apple untuk tidak mengamalkan peraturan double standard di dalam pelaksanaan dasarnya.

Paparan pop-up Personalized Ads akan muncul sebaik sahaja anda membuka App Store jika anda menggunakan iOS 15 beta yang terkini.

Menurut Apple, iklan-iklan ini bertujuan membantu anda mendapatkan aplikasi, produk dan perkhidmatan yang relevan. Pada masa yang sama, perlindungan privasi pengguna masih lagi dijamin. Ia dilakukan melalui proses pengecaman dijana peranti dan tidak memautkan maklumat pengiklanan dengan Apple ID pengguna.

Mengikut dasar Pengiklanan Apple, sumber yang diambil ke sasaran pengiklanan adalah pelbagai. Namun ia boleh menyertakan maklumat peranti, termasuk lokasinya jika pengguna mengizinkannya. Ia turut merangkumi carian dan pembelian App Store, serta berita yang anda baca di Apple News. Pengguna boleh mematikan fungsi Personalized Ads ini melalui aplikasi Settings di dalam iOS 15.

Tinggalkan komentar