Apple melancarkan MacBook Air generasi baharu yang dikuasakan oleh cip pemprosesan baharu M5. Komputer riba baharu ini mengekalkan saiz asalnya dengan dua pilihan paparan iaitu 13-inci dan 15-inci.

Kedua-dua varian ini dilengkapkan skrin Liquid Retina berkeupayaan kecerahan sehingga 500 nits. Ia juga mempunyai sokongan kamera web Centre Stage 12MP yang dikekalkan daripada generasi sebelumnya.

Menurut Apple, cip baharu ini membolehkan MacBook Air memberikan prestasi sehingga 4 kali ganda lebih pantas pada tugasan kecerdasan buatan (AI) berbanding model M4 terdahulu.

Spesifikasi Butiran
Pilihan Skrin 13-inci dan 15-inci (Paparan Liquid Retina, kecerahan 500 nits)
Cip Pemprosesan Cip asas Apple M5
CPU / NPU 10 teras CPU, 16 teras NPU (Tugasan AI sehingga 4x lebih pantas berbanding M4)
GPU Pilihan 8 atau 10 teras
Lebar Jalur Memori 153GB/s (28% lebih pantas berbanding cip M4)
Memori (RAM) Bermula 16GB (Pilihan naik taraf ke 24GB atau 32GB)
Kapasiti Storan Bermula 512GB (Pilihan naik taraf ke 1TB, 2TB, atau 4TB)
Prestasi Storan 2x ganda lebih pantas membaca dan menulis data berbanding generasi sebelumnya
Kamera Kamera web Centre Stage 12MP
Ketahanan Bateri Sehingga 18 jam penggunaan berterusan
Ketersambungan WiFi 7, Bluetooth 6
Bicu & Port 2x port Thunderbolt 4 (Sokongan sehingga 2 paparan luaran), 1x bicu audio 3.5mm
Pilihan Warna Sky Blue (Biru), Midnight (Hitam Larut Malam), Starlight (Sinar Bintang), dan Silver (Perak)
Harga Permulaan RM4,699 (13-inci) / RM5,499 (15-inci)
Harga Pendidikan Diskaun RM400 bagi kedua-dua varian

MacBook Air M5 bersaiz 13-inci ditawarkan pada harga bermula RM4,699. Manakala varian 15-inci pula bermula daripada RM5,499.

Para pelajar dan pendidik turut berpeluang menikmati potongan harga sebanyak RM400 bagi kedua-dua saiz ini melalui penawaran pendidikan.

Empat pilihan warna ditawarkan iaitu sky blue (biru), midnight (tengah malam), starlight (cahaya bintang), dan silver (perak). Tarikh jualan rasminya di Malaysia bagaimanapun masih belum diumumkan buat masa ini.

Tinggalkan komentar