Terdapat laporan sebelum ini yang mengatakan Apple akan memberikan sokongan 5G pada semua iPhone menjelang tahun 2020 menggunakan cip dari Qualcomm. Bagaimanapun, pada tahun 2022 nanti, Apple merancang untuk menggunakan cip modem 5G keluarannya sendiri.

Menurut laman Fast Company, tarikh akhir persiapan pelaksanaan pemasangan cip modem 5G dijangkakan dapat dipenuhi pada tahun 2023.

Fast Company turut melaporkan tujuan pelaksanaan ini adalah bagi menghasilkan SoC sendiri seterusnya, modem 5G yang bakal dihasilkan adalah sebahagian dari cipset dan bukannya sebuah komponen yang berasingan. Tambahan pula, keupayaan Apple menghasilkan cipset sendiri telah dipertingkatkan selepas pengambil alihan bahagian modem Intel baru-baru ini.

Perkembangan menandakan Apple berkemungkinan bakal memperkenalkan iPhone dengan modem keluarannya sendiri sekitar tahun 2023 kelak.

Sumber berita diperoleh dari Fast Company

Tinggalkan komentar