Apple baharu sahaja mengemaskini senarai-senarai peranti yang dikategorikannya sebagai “vintaj”. Ini merangkumi peranti-peranti yang telah hadir ke pasaran sejak lebih dari 5 tahun lalu dan kurang dari 7 tahun lalu.

Pada tahun 2018, iPhone 5 telah disenaraikan sebagai peranti vintaj dan tahun ini, giliran iPhone 6 Plus pula disenaraikan. Telefon berkenaan dilancarkan pada September 2014 dan dikeluarkan sehingga September 2016.

iPhone 6 dilancarkan dalam tahun yang sama, namun tidak dimasukkan ke dalam senarai tersebut. Walaupun dilancarkan pada 2014, Apple memutuskan untuk memasarkannya sebagai model peringkat menengah pada 2017 seperti yang dilakukan pada iPhone SE sekarang. Mungkin dalam tempoh beberapa tahun lagi, telefon berkenaan akan dimasukkan ke senarai peranti vintaj tersebut.

Dalam pada masa yang sama, Apple juga akan menamatkan perkhidmatan pembaikan bagi iPhone 6 Plus secara berperingkat sehingga September 2023. Pengguna juga boleh membaik pulih sendiri peranti yang rosak melalui program Apple Self Service Repair sehingga tarikh tersebut.

Tinggalkan komentar