Apple dikatakan sedang merancang untuk membangunkan konsol permainan berkomputernya sendiri. Menurut laporan dari Game Rant, terdapat ura-ura mengenai usaha pembangunan konsol ini sedang dilaksanakan.

Dakwaan tersebut turut dikuatkan lagi dengan sebilangan jurutera dari Xbox telah mula berpindah ke Apple. Buat masa ini pelbagai andaian mengenai produk yang bakal dihasilkan kelak dari konsol berorientasikan realiti maya, hinggalah ke alam meta.

Pun begitu, desas-desus mengenai perkembangan tersebut masih lagi terlalu awal untuk dimuktamadkan, menurut Jez Corden yang melaporkan di dalam Game Rant.

Dari segi fokus pada permainan berkomputer, Mac dilihat agak ketinggalan berbanding PC sungguhpun mempunyai keupayaan perkakasan yang setara.Apple Pinpin

Pada tahun 1995, Apple pernah bekerjasama dengan Bandai untuk memperkenalkan konsol permainan yang dikenali sebagai Apple Pinpin. Konsol yang menyokong CD sebagai media perantara judul permainan berkenaan bagaimanapun gagal menembusi pasaran dengan hanya mencatatkan jualan keseluruhan sebanyak 42,000.

Tinggalkan komentar