Acara pelancaran produk Apple yang kali keempat tahun ini telah melabuhkan tirainya. Kini salah satu produknya, AirPods generasi ke-3 telah diumumkan harganya bagi pasaran Malaysia.

True wireless earbuds dari Apple ini menampilkan rekaan berkontur baharu yang mempunyai ciri persamaan dengan AirPods Pro.

Sedang AirPods 3 menampilkan cip H1 seperti yang terdapat pada model Pro, ia tidak disertakan bersama-sama ciri Active Noise Cancellation. Apa pun, ia masih lagi menawarkan ciri lain seperti berikut:

  • Adaptive EQ
  • Sokongan audio spatial
  • Penarafan IPX4
  • Bekas pengecas MagSafe
  • Tempoh penggunaan sehingga 6 jam (30 jam bersama-sama bekas pengecasnya)

Bagaimanapun, tiada tarikh kemasukan ke pasaran Malaysia diumumkan oleh Apple setakat ini. Laman web rasmi Apple Malaysia telah meneyenaraikan AirPods Generasi Ke-3 pada harga RM829.

Ia dilihat lebih tinggi jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan di pasaran A.S, USD179 (~RM745).

Dalam pada masa yang sama, Apple juga turut menurunkan harga barga AirPods generasi ke-2 di Malaysia. Pertama kali dilancarkan pada 2019 dengan harga RM699, ia kini boleh didapati pada harga RM589.

Manakala AirPods Pro pula masih lagi mengekalkan harga lamanya iaitu RM1,099. Cuma, untuk kali ini Apple telah menukar bekas pengecas yang asal dengan MagSafe Charging Case.

Maklumat lanjut mengenai Apple AirPods 3, layari: https://www.apple.com/my/airpods/

Tinggalkan komentar