YouTube Vanced, projek pembangunan yang popular dengan pengubahsuaian aplikasi YouTube rasmi telah ditamatkan. Pertama kali dilancarkan pada 2018, pasukan pembangunan aplikasi modifikasi ini telah mengumumkan penutupan tersebut menerusi saluran Telegram atas sebab undang-undang.
Laman web yang menawarkan muat turun Vanced Manager juga akan ditutup dalam tempoh beberapa hari lagi. Dalam pada masa yang sama, Vanced menyatakan versi aplikasi yang dipasangkan oleh pengguna pada masa ini masih lagi boleh digunakan untuk tempoh dua tahun lagi, cuma tidak menerima sebarang kemaskini baharu sahaja.
Vanced turut memaklumkan kepada The Verge bahawa punca sebenar penutupan ini adalah disebabkan surat amaran yang telah dihantar oleh Google kepada pihak mereka. Segala yang berkaitan dengan YouTube juga tidak dibenarkan sama sekali digunakan oleh aplikasi berkenaan termasuk logo dan juga pautannya. Lanjutan dari itu, Vanced telah menukarkan logonya pada laman webnya.
Currently installed versions will work just fine, until they become outdated in 2 years or so.
— Vanced Official (@YTVanced) March 13, 2022
Selain fungsi menyekat iklan, YouTube Vanced menawarkan fungsi memainkan video pada latar, pengubahsuaian tema, SponsorBlock dan yang terbaru, butang ‘dislike’ yang telah dibuang oleh YouTube. Pasukan yang sama ini juga turut menghasilkan aplikasi yang hampir sama khusus untuk YouTube Music.














Dulu sokmo guna Vanced nii eheheheheh