Windows 11 mempunyai beberapa keperluan spesifik dan dipercayai lebih dari dua pertiga PC tidak boleh dinaik taraf ke sistem operasi baharu ini.

Bagi membantu pengguna-pengguna Windows mengetahui sama ada peranti yang digunakan menyokong naik taraf ke Windows 11, Microsoft telah menerbitkan aplikasi alatan yang dikenali sebagai PC Health Check.

Bagaimanapun, aplikasi ini masih lagi mempunyai beberapa kekurangan yang ketara. Antaranya kurang maklumat dan panduan untuk membaiki isu yang diketemukan, serta kadang kala berlaku kesilapan dalam membuat semakan.

Oleh yang demikian, pembangun Robert Maehl dari Gitguh telah menghasilkan aplikasi sumber terbuka yang mampu membuat semakan yang jauh lebih baik dari aplikasi rasmi semakan oleh Microsoft.

Aplikasi WhyNotWin11 akan membuat semakan kelayakan bagi kriteria-kriteria berkaitan dan ianya telah dikemaskini berulang-kali bagi menyesuaikan dengan maklumat rasmi terkini dari Microsoft.

Selain membuat semakan, aplikasi ini juga membantu pengguna mengesan sebarang isu-isu yang menjadi punca mengapa sesebuah PC tersebut tidak boleh dinaik taraf ke Windows 11.

Anda boleh memuat turun aplikasi WhyNotWin11 di GitHub.

Tinggalkan komentar