Utama Mobile Android Aplikasi YouTube di Android telah dimuat turun lebih dari 10 billion kali

Aplikasi YouTube di Android telah dimuat turun lebih dari 10 billion kali

603
0
YouTube-Downloads-on-Android

Perkhidmatan kandungan video dari pengguna popular dari Google, YouTube telah dimuat turun lebih dari 10 billion kali melalui Android. Angka ini direkodkan meliputi jumlah yang telah dimuat turun sebelum kewujudan Play Store.

Melalui pencapaian ini, secara tidak langsung YouTube telah menjadi aplikasi pertama yang telah melepasi angka tersebut. Perkhidmatan seperti Google Play Services pernah melepasi paras tersebut.

Namun ia tidak boleh dianggap sebagai aplikasi memandangkan ia merupakan ‘tulang belakang’ untuk pemasangan aplikasi pada peranti Android.

Lebih ramai pengguna, lebih tinggi YouTube di download

Apa pun, angka 10 billion ini tidak bermakna ia digunakan oleh 10 billion pengguna dan tambahan pula ini sudah melebihi bilangan penduduk dunia yang kini berjumlah 7.9 billion orang.

Kemaskini aplikasi, pengaktifan telefon baharu, dan pelbagai perkara lain yang berlaku pada sesebuah peranti pengguna turut menyumbang kepada pertambahan bilangan muat turun aplikasi YouTube ini.

Aplikasi ini sudah tersedia dipasangkan pada seluruh peranti Android selain dari versi di China. Kerajaan China tidak membenarkan penggunaan perkhidmatan seperti YouTube di kalangan rakyatnya. Secara keseluruhannya, berdasarkan data pada awal tahun ini terdapat sejumlah lebih dari 3 billion pnegguna peranti Android yang aktif.

Tinggalkan komentar