Google telah mengumumkan ciri yang mustahak untuk kemaskini Android 12 baur-baru ini. Anda boleh memainkan sesebuah aplikasi permainan ketika ia sedang dimuat turun.

Fungsi ini amat berguna bagi aplikasi-aplikasi permainan yang bersaiz besar memandangkan pengguna perlu menunggu untuk satu tempoh yang agak lama untuk menyiapkannya.

Bagaimanapun, ia hanya boleh digunakan pada aplikasi permainan yang menggunakan sistem Play Asset Delivery. Bagi pembangun yang menggunakan sistem berkenaan untuk menghasilkan sesebuah aplikasi permainan, fungsi tersebut sudah pun diaktifkan secara automatik.

Berita ini merupakan sebahagian dari sidang kemuncak Google untuk pembangun permainan Google for Games Developer Summit 2021.  Acara ini berlangsung dari 12 Julai sehingga 13 Julai 2021.

Dalam pada masa yang sama, Google turut mengumumkan papan pemuka permainan baharu untuk Android 12. Ia bertujuan memberikan akses mudah ke utiliti seperti tangkapan layar dan rakaman. Menurut Google, papan pemuka ini akan boleh didapati pada peranti-peranti terpilih dalam tahun ini.

Android 12 dijangka akan membawakan pelbagai perubahan besar terhadap Android termasuk perubahan reka bentuk antaramuka baharu.

Tinggalkan komentar