Jarum saat pada jam dinding di ruang tamu rumah mertua aku kelihatan tidak bergerak. Barangkali ia sudah berhenti dari berfungsi sejak dari pukul 3 suku pagi tadi berdasarkan kedudukan terakhir jarum jam dan minitnya.
Simpanan bateri saiz AA di dalam laci masih lagi berbaki 3 biji. Setelah memperoleh sebiji bateri, aku bingkas mengambil kerusi untuk mendapatkan jam dinding itu supaya dapat membuat kerja-kerja penggantian. Pada bahagian belakang jam yang dipenuhi habuk dan tahi cicak itu kelihatan kesan lelehan cecair dari baterinya.
Ia adalah lumrah bagi bateri berjenama murah. Walaupun pada labelnya tertera perkataan “zero mercury added” dibawah logo jenamanya, POWERF, aku masih berasa sangsi dengan kesahihannya. Merkuri ini, sifatnya adalah bertoksik.
Setelah proses penggantian selesai, aku mengundurkan jarum jam ke detik jam 11 supaya selaras dengan waktu semasa. Jika tidak diselaraskan mengikut zon waktu Kuala Lumpur (UTC+8:00), barangkali seluruh isi rumah aku akan mengikuti zon waktu New Delhi atau Gujarat. Sedang aku mengundurkan jarum jam, berkumandang lagu yang liriknya begini;
”Andai dapat, ku undurkan putaran dunia..”
Lagu yang diputarkan dari radio jiran sebelah, menjentik memori aku untuk bernostalgia. Dahulunya, aku sering menyesali perbuatan masa silamku. Kerapkali aku berangan-angan mempunyai sebuah mesin masa untuk berpatah balik ke masa lalu untuk membuat pembetulan supaya dapat menjadikan diri aku lebih sempurna.
Namun, hakikat dalam kehidupan menuju kedewasaan ini adalah, bukan semua kesilapan dapat diperbetulkan. Ada sesetengah kesilapan perlu diterima dengan redha kesan dan akibatnya. Walaupun ia memakan masa hingga berpuluh tahun untuk pulih semula.
Kesilapan di alam dewasa dan kesilapan di zaman kanak-kanak, analoginya sama seperti antara kesilapan menulis menggunakan pen atau menulis menggunakan pensel. Waktu kanak-kanak, kita digalakkan menulis menggunakan pensel supaya dapat memadam kesilapan. Ketika dewasa, pen itu diibaratkan jika telah melakukan kesilapan dan boleh dipadam dengan menggunakan liquid paper, ia masih lagi boleh kelihatan.
![]() |
| DeviantArt |
Manusia memang tidak sempurna sifatnya. Adakalanya, kesilapan itulah yang menjadikan kehidupan di dunia ini indah. Terimalah segala ketidaksempurnaan hidup di dunia ini dengan hati yang terbuka. InsyaAllah, jiwa kita menjadi lebih tenang apabila kita mensyukuri segala nikmat yang diberikan.

















Lebih baik yg menyesali diri dari kesilapan yg telah lalu daripada yg terus tak sedar sehingga hanyut dibawa arus masa. Rugi bukan di dunia saja bahkan juga di akhirat kelak.
ps: kakak terpikat pulak dgn gambar jam yg ditepek. Buat mata kakak terpusing hihi…
Gambar jam tu ditepek memang dengan niat untuk buatkan mata pembaca blog ni berpusing. Hehehe 🙂
Dulu masa masih di asrama, saya selalu cakap ni kalau ada pintu suka hati dengan lampu suluh yang boleh kecil dan besarkan barang dari Doraemon kan best? Tapi bila dah dewasa ni bila difikir balik hmm bagi je la poket Doraemon tu. Lagi banyak benda dalam tu kan?
Hahaha.
Saya dulu pun terfikir benda yang sama jugak. Kalau tak dapat buat doraemon, dapat buat poket dia pun jadi lah. Akhirnya, disebabkan imaginasi zaman kanak-kanak ni lah yang buatkan saya suka belajar sains dan kejuruteraan.
Kuat jugak pengaruh Doraemon ni. Hehe
shin rindu bila pk era hidup shin zaman lampau. tp shin suka kehidupan shin skrg..
Nostalgia zaman silam ni seronok bila dikenang. Tapi tak boleh difikirkan sangat. Boleh stress jadinya nanti. Hehe
Bukan semua perkara boleh diperbetulkan, tapi ianya tetap bermakna utk dijadikan pedoman untuk masa mendatang. Aku pun selalu berangan ada mesin time travel ni…
p/s: Gambar jam tu menarik dan unik sekali!
Zaman 80’an dulu memang banyak cerita berkaitan time travel ni. Misalnya, Back To The Future, Adventures of Bill & Ted dan macam-macam lagi. So, zaman kita membesar dulu memang ramai yang berangan ada mesin masa ni. hehe
dunia penuh dengan drama yang tersendiri, setiap orang ada jalan ceritanya yang tersendiri.. ketidak sempurnaan seseorang itu adalah pelengkap hidup kita ^_^
Yup, dunia ini memang memerlukan manusia untuk saling lengkap-melengkapi. Tiada siapa yang boleh mengakui diri serba sempurna dan mampu hidup tanpa pertolongan manusia lain.
banyak yang nak diperbetulkan kalau boleh patah balik..hehe. tapi sedar semua tu mimpi je lah.. ;-( tak mungkin berlaku. Hidup mesti teruss… 🙂
peringatan untuk kita semua, jam bolehlah kita pusing balik….
setiap manusia pernah membuat silap.. kesilapan itu juga yang mematangkan diri kita.. apa yang penting perbaiki kesilapan itu agar ianya tidak berulang lagi.. jangan sesekali jatuh ke dalam lubang yang sama buat kali kedua..
pening tgk jam tu..hahaha..niesa pun kalau boleh mmg nk kembali ke zaman lampau niesa utk perbetulkan apa yg silap..tp yela..tanpa kesilapan mesti kta xkn berubah ke arah yg lebih baik… 🙂
menabung kt sini..
Jika boleh diputarkan ke belakang… idah bukan ingin memadam… tapi ingin menambah.. hehe… rasanya pengalaman di ketika sekolah dulu tidak cukup untuk dikenang pada hari ini… 😉
Saya rindu zaman kanak-kanak..memang nostalgia..dan bersyukur dengan kehidupan hari ini..
Setiap mahkluk sudah tentu ada penghabisannya
Begitu juga benda ada pengakhirannya
MAsa juga akan habis dengan sia-sia jikalau mereka berfoya-foya juga
andai itu bermaksud kita tak menerima ketentuan Allah . Hakikatnya perjalanan itu telah ditulis dan ditentukan oleh NYa . redah jer . setiap masalah ada penyelesaiannya . setiap ujian ada hikmah dan pengajarannya …
teruskan hidup…masa kalau bole undur pasti aman dunia dan ramai yg nak.boelh tebus kesilapan lalu.
itulah namanya takdir bero 🙂
mesin masaa!!!*suara doraemon*
Tp kadang2 kesilapan semalam yang menyempurnakan kite hari ini .
Walau kite takkan sempurna 100% . =)