Sesetengah orang berkereta kerana gemarkan berkereta manakala sesetengah lagi berkereta kerana keperluan untuk berkereta. Aku adalah jenis yang lagi satu. Berkereta kerana keperluan.

Harga yang tinggi menyebabkan pemilikan kereta bermakna pemilikan aset pada kebanyakan warga negara kita. Aku tak mahu bercerita mengenai harga kereta yang tinggi serta mengenai pendapatan aku. Hanya sekadar terkesima(pinjam ayat blog Dalam-Dalam) dengan pemilihan keputusan dalam hidup aku.

Ya, dalam hidup ini kadangkala kita perlu membuat keputusan berdasarkan peluang dan keperluan. Terlalu berkeras dengan prinsip mungkin memakan diri. Pernah pada suatu ketika pemikiran aku baru mencapai akil baligh dan mempunyai jiwa yang masih ‘suci murni’ seumpama Son Goku, aku berangan yang aku tidak akan berhutang apabila sudah dewasa nanti. Aku berfikiran begitu kerana melihat kesusahan hidup keluarga aku akibat dibelenggu beban hutang. Realiti hidup, bukan semua orang mempunyai impian yang mampu menjadi kenyataan.

Semuanya bermula dengan hutang pinjaman pelajaran sewaktu aku study dahulu. Alang-alang sudah berhutang, baik aku tambah lagi kan. Alaa.. Satu ni je, satu je lagi.

2 KOMEN

Tinggalkan komentar