Mujurlah hujan sudah kembali turun menyimbah bumi Kuala Lumpur petang semalam. Kehidupan tanpa bekalan air paip adalah kehidupan yang sukar bagi para penduduk kota. Banyak kerja-kerja tergendala jika berlakunya keadaaan terputus bekalan air paip.
Boleh caca-marba hidup jadinya. Paling teruk bagi famili yang mempunyai anak kecil. Bayi, jika mahu berak, beliau tidak akan sesekali menahannya. Sebab itulah manusia telah menciptakan alat yang dipanggil sebagai ‘Pampers’ untuk kemudahan.
Hidup dalam catuan ini, tentunya perlukan peraturan. Malah, kerja mudah seperti mandi pagi juga ada aturannya. Misalnya, aku perlu mandi tiga cebok untuk basahkan badan dan tiga cebok lagi untuk bilas selepas bersabun. Rujuk gambar rajah di bawah.
Mandi bercatu sebegini tidak mendatangkan masalah jika aku tidak berada di dalam keadaan berhadas besar. Jika berhadas besar dalam keadaan bekalan air yang dicatu ini, maka pandai-pandailah nak solve.
Entah macam mana la para pengantin baru yang cuba melayari bahtera awal perkahwinan di kala musim catuan air ni. Semoga dapat bertabah menahan gelojak ‘air di kepala’ masing-masing.
















Mmg payah hidup x ada air.. Tension betul.. Nak buat apa2 pn x ada mood.. Nak masak lagi lah mmg x ada mood..
memang susah tak ada air.. hihi..
Bersabarlah…dah lama hidup dalam kemewahan air, kini kita diuji sedikit…
Hujan di KL tidak memberi kesan kepada pertambahan jumlah air di empangan. Masalah air tetap akan berterusan selagi kawasan tadahan air ini tidak hujan dan meningkatkan paras empangan. Bolehlah tadah air hujan tu…hehe
sepatutnya catu air mengikut jam tertentu dlm sehari barulah lebih memudahkan…bukannya catu dua hari n dibekal semula dua hari kemudian …namun redha sajalah dgn ujian-Nya tentu banyak hikmahnya.
yang peliknya ada kawasan yang takda masalah langsung…kata air dicatu…dah jadi macam x adil pulak.
Hujan yg turun baru2 ni mengandungi kadar toksik yg tinggi sbb dah lama tak hujan.. klu ditadah boleh mengundang penyakit kulit & mcm2 lagi.. Sama2lah kita berdoa agar masalah air ni dpt selesai segera… aamiin..
mandi hadas x leh guna cara taiyamum kan #sengih
turut simpati kpd mereka yg mengalami catuan air…kami di Putrajaya bersyukur sgt, buat ms skang belum ada lagi ura² utk dicatu…sama²lah kita bdoa agar bumi ini dilimpahi hujan kembali…
kau guna sabun lux ke? wau. jambu. hahaha.
Di kejiranan saya sudah seminggu katanya bekalan air dicatu, jadi saya sibuklah menadah air bagai. Jenuh menunggu tak dicatu.Akhirnya air yang saya simpan saya guna buat cuci pinggan sbb tak tahan nampak bekas bertaburan di lantai. Elok bekas2 air yg saya guna tu dah separuh habis guna. Catuan air bermula. Aduss. Ini la yang dikatakan guruh belum berbunyi tapi air takungan dah habis digunakan. Sabar ajalah kan ?
Ujian sebegini haruslah kita tabah…perbanyakkan doa pada Allah supaya Dia menurukan hujan rahmatNya.
memang susah kalau takde air.. semoga krisis ini segera selesai..
untung la hujan dah turun. kat kulim ni hujan still x turun2 lg.
mungkin ujian spt ini utk kita lebih berjimat cermat dalam menggunakan air.
air memang penting dalam kehidupan