KUALA LUMPUR, 30 Mei 2025 – Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Malaysia, dengan kerjasama AI Malaysia (AIM), hari ini secara rasmi melancarkan AI Malaysia (AIM) — sebuah platform yang direka untuk merapatkan jurang antara sektor perniagaan dengan kemajuan teknologi AI di Malaysia dan seluruh rantau. Majlis pelancaran ini telah diadakan di Pusat Kecemerlangan AICB, Kuala Lumpur.

Dianjurkan di bawah tema ‘AI Conversations 2025’, acara ini menghimpunkan pemimpin daripada kerajaan, industri dan akademik untuk meneroka bagaimana kecerdasan buatan boleh dimanfaatkan bagi memposisikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi digital serantau. Turut hadir ialah Profesor Richard Sutton, Pemenang Anugerah Turing 2024 (yang sering dianggap sebagai Hadiah Nobel dalam bidang pengkomputeran) dan pengasas Openmind Research Institute, yang diiktiraf secara meluas atas kerja perintis beliau dalam bidang pembelajaran pengukuhan (reinforcement learning) serta sumbangan asas kepada AI moden.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital Malaysia, yang menyampaikan ucaptama. Beliau menekankan perlunya pendekatan AI yang kolaboratif dan berpaksikan matlamat bersama serta pembangunan nasional yang seiring dengan masa depan serantau ASEAN.

“Aspirasi digital Malaysia berpaksikan kepada pertumbuhan yang inklusif, inovasi beretika dan kepimpinan serantau. Menerusi AIM, kita sedang membina asas kepada kolaborasi antara sektor awam, swasta dan akademik — memperkasakan industri dan institusi kita untuk membuka potensi sebenar ekonomi menerusi AI serta membina keupayaan yang bersedia menghadapi masa depan,” kata beliau.

Pelancaran AIM menunjukkan komitmen mendalam Malaysia untuk menyelaraskan dasar, industri dan penyelidikan dalam usaha meningkatkan kesiapsiagaan nasional terhadap AI. Dengan ekosistem digital negara yang semakin matang serta kerangka kerja nasional yang sedang dilaksanakan, AIM hadir pada waktu yang penting untuk mengubah strategi kepada pelaksanaan berskala. Melalui penglibatan terkoordinasi bersama pemimpin perniagaan ASEAN, platform ini mengukuhkan lagi peranan Malaysia sebagai pemangkin inovasi AI dan pertumbuhan inklusif.

Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN-BAC Malaysia yang merasmikan pembukaan majlis, menegaskan pentingnya kerjasama serantau melalui platform AIM.

“Kecerdasan buatan akan menjadi pemacu utama dalam fasa seterusnya pembangunan ekonomi ASEAN. Dengan pelancaran AIM, Malaysia mengambil langkah tegas untuk mewujudkan kerjasama serantau dalam membentuk penggunaan AI secara bertanggungjawab, mempertingkatkan daya saing digital dan memacu pertumbuhan berasaskan inovasi merentas sempadan,” ujarnya.

Peranan dan Fungsi AIM

AIM akan menerajui pelbagai inisiatif termasuk:

  • Kes penggunaan dalam industri
  • Penubuhan dana pelaburan
  • Program peningkatan kemahiran yang dirangka khas
  • Bertindak sebagai suara utama dalam forum AI global

Platform ini juga akan memacu pembangunan kolaboratif untuk membuka nilai AI kepada syarikat korporat, persatuan perniagaan AI, akademia, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), perusahaan kecil dan sederhana (PKS), serta Kerajaan Malaysia.

AIM ialah platform berbilang pihak yang disokong oleh:

  • Kementerian Digital
  • Pejabat AI Kebangsaan (NAIO)
  • MyDigital
  • Pemimpin korporat, akademia, institusi penyelidikan dan rangkaian ASEAN-BAC

Matlamat strategik AIM adalah untuk:

  • Mempercepatkan inovasi didorong AI dalam sektor ekonomi utama
  • Memacu kerjasama awam-swasta untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing
  • Membina ekosistem AI yang mencipta nilai serta menyumbang kepada pertumbuhan KDNK Malaysia dan kepimpinan ekonomi serantau

Goh Peng Ooi, Presiden AIM, berkata:

“Pelancaran AIM menandakan era baharu bagi perjalanan digital Malaysia. Kami bangga untuk membina platform yang menyatukan pembuat dasar, inovator dan penyelidik — bukan hanya untuk berkongsi pencapaian tetapi untuk bertindak secara kolektif bagi pembangunan AI yang inklusif, beretika dan memberi impak. AIM menyokong pembinaan ekosistem yang kukuh, dipacu dasar progresif, pembangunan bakat serta rangka kerja tadbir urus beretika yang akan menjadikan Malaysia hab teknologi serantau dan pintu masuk digital ASEAN.”

Sokongan Dasar & Inisiatif Kerajaan

AIM melengkapi agenda Kerajaan melalui inisiatif termasuk:

  • Penubuhan Pejabat AI Kebangsaan
  • Penubuhan Pusat R&D AI
  • Pelaburan khusus dalam dana penyelidikan dan pembangunan
  • Penubuhan Zon Ekonomi Khas AI

Ia juga sejajar dengan matlamat Malaysia Madani melalui pembangunan teknologi yang inklusif dan mampan untuk seluruh rakyat.

Sokongan dan Rakan Kerjasama

Pelancaran AIM disokong secara kolektif oleh:

  • Kementerian Digital
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
  • Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)
  • Kementerian Sumber Manusia (MOHR)
  • ASEAN-BAC Malaysia

Silverlake bertindak sebagai penaja utama, mencerminkan peranannya dalam memacu transformasi digital perusahaan di ASEAN dan Asia Pasifik.
Boston Consulting Group (BCG) bertindak sebagai Rakan Pengetahuan dan ahli Jawatankuasa Pengasas AIM, menyumbang pandangan strategik dan kepimpinan pemikiran dalam membentuk agenda platform ini.

Penaja Acara:

  • AmBank
  • Axiata
  • CIMB

Rakan Strategik:

  • Openmind Research Institute
  • Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

Rakan Sokongan:

  • Universiti Malaya
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Akademi Kejuruteraan dan Teknologi ASEAN (AAET)
  • Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (MAJECA)

Tinggalkan komentar