Ahmed Mohamed, merupakan seorang remaja berusia 14 tahun yang gemar menggodek barang-barang dan berasa teruja untuk mempersembahkan hasil ciptaannya kepada guru-guru sekolahnya di Irving, Texas High, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, beliau menjadi mangsa prejudis perkauman di Amerika Syarikat apabila pihak polis bertindak menahan beliau kerana menganggap hasil ciptaan beliau yang merupakan sebuah jam elektronik, lengkap dengan paparan paparan digital tersebut adalah sebuah bom.

Penahanan beliau ini segera mendapat kecaman dari pengguna media sosial terutamanya di Twitter yang kini sedang trending #IStandWithAhmed. Netizen menganggap penahanan Ahmed Mohamed sebagai berat sebelah dan berbaur perkauman kerana terdapat lebih ramai remaja sebaya Ahmed yang menghasilkan rekaan lebih “merbahaya” seperti reaktor lakuran nuklear.

Melalui sebaran di media sosial, Ahmed Mohamed telah menerima sokongan padu dari orang ramai dari seluruh Amerika Syarikat tanpa mengira peringkat, baik saintis, pakar teknologi, selebriti mahupun ahli politik termasuklah Presiden Barack Obama sendiri.

Beberapa individu penting di dalam NASA turut menyatakan sokongan terhadap Ahmed dan menjemput beliau ke makmal mereka untuk berkongsi cerita tentang cara kerja mereka termasuklah bagaimana Opportunity Rover di pandu di planet Marikh.

Kebanyakan individu-individu yang menyatakan sokongan terhadap Ahmed turut menghantar pos-pos yang mengandungi imej mereka bersama jam di dalam Twitter.  

Sesuatu yang amat aneh di Amerika Syarikat adalah prejudis perkauman yang menebal boleh menghalang seorang remaja Islam dari mencipta jam, tetapi boleh sahaja menutup mata terhadap tindakan remaja-remaja kulit putih membawa senjata api.

-Sumber info diperoleh dari Gawker

3 KOMEN

  1. I’d been indicated this excellent website through my step-brother. I’m not really optimistic whether this organize is actually created by way of the pup while nobody have an understanding of these specified somewhere around my own trouble.. robert You happen to be amazing! Thanks a lot!

Tinggalkan komentar