Utama Perkakasan Samsung Samsung dilapor akan melangsungkan Acara “Galaxy Unpacked 2022” pada 8 Februari ini

Samsung dilapor akan melangsungkan Acara “Galaxy Unpacked 2022” pada 8 Februari ini

56
0

Samsung dijangka akan melancarkan telefon pintar yang dinanti-nantikan, Galaxy S22 menerusi acara Galaxy Unpacked 2022 pada 8 Februari ini, lapor Digital Daily.

Menurut laporan tersebut, pra-tempahan telefon pintar berkenaan akan mula dibuka pada hari berikutnya. Manakala penghantaran pula dijadualkan bermula dari 24 Februari 2022.

Dijangkakan terdapat tiga buah model telefon baharu akan dilancarkan iaitu Galaxy S22, S22 Plus dan S22 Ultra. Ketiga-tiga peranti ini dikatakan akan hadir dengan paparan yang amat cerah. Dalam pada masa yang sama, kamera Galaxy S22 Ultra akan menawarkan apa yang dikenali sebagai “Super Clear Lens”.

Cipset yang akan digunakannya pula berkemungkinan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 yang dilaporkan pengeluarannya dibuat oleh Samsung.

Bagi peranti untuk pasaran luar Amerika Syarikat pula, telefon pintar berkenaan mungkin didatangkan dengan cip Samsung Exynos 2200. Dikatakan, cipset Exynos berkenaan akan menggunakan GPU berasaskan senibina AMD RDNA 2 yang mungkin menyokong ‘ray tracing’.

Imej-imej bagi siri Galaxy S22 ini telah pun tersebar merata tempat di internet dan kebanyakan pengguna mungkin sudah boleh membayangkan rupa bentuk luarannya.

Imej dari Evan Blass

Jadual acara dan tarikh pelancaran rasminya masih lagi belum diumumkan. Namun, Samsung pada kebiasaannya menjadualkan acara telefon pintar mercu pada tarikh yang lebih kurang sama pada setiap tahun.

Jika tarikh yang dilaporkan ini benar-benar sahih, berkemungkinan besar telefon ini akan diperkenalkan buat pertama kalinya di dalam acara MWC 2022 yang akan berlangsung di Barcelona, Sepanyol.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.