Semarakkan bahang Piala Dunia korang dengan menonton filem-filem menarik bertemakan bola sepak terbaik dari serata dunia. Dari filem dokumentari pembakar semangat dari Samoa, ‘Next Goal Wins’ hinggalah filem senak perut akibat terlebih gelak, ‘Shaolin Soccer’, korang pasti terhibur sementara menanti sepak mula Piala Dunia, Brazil lawan Croatia pada hari Jumaat minggu ini pukul 4:00 pagi waktu Malaysia.
Next Goal Wins (2014)
Diberi tajuk bersempena peraturan bola sepak kanak-kanak, next goal wins (gol last, menang), filem ini menceritakan detik-detik sukar dan cabaran skuad bolasepak kebangsaan Samoa termasuk dibelasah Australia 31-0 dalam menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2014. Walaupun gagal, semangat tidak mahu berputus asa skuad bolasepak Samoa patut diteladani.
IMDB: 8.3/10
The Class of ’92 (2013)
![]() |
| ilovemanchester |
David Beckham, Ryan Giggs, Paul Scholes, Nicky Butt dan adik beradik Gary dan Phil Neville adalah antara generasi emas Manchester United. Enam orang pemain yang diangkat dari akademi remaja Manchester United ini meneruskan rentak kegemilangan Manchester United sepanjang tempoh tujuh tahun dengan merangkul kejuaraan Premier League, FA Cup termasuk musim kejuaraan European Champions League 1999. Filem ini turut mendapat khidmat sokongan dari beberapa tokoh seperti Zinedine Zidane, Eric Cantona dan juga pengarah filem British, Danny Boyle.
IMDB: 8.4/10
Zidane: A 21st Century Portrait (2006)
![]() |
| Vanity Fair |
Zinedine Zidane, pemain Perancis berketurunan Algeria menjadi tumpuan utama filem dokumentari ini. Profail lengkap pemain ini dipaparkan sebaiknya termasuk kerjaya cemerlang beliau di Real Madrid hinggalah saat beliau di buang padang sewaktu final Piala Dunia 2006 menentang Itali.
IMDB: 6.4/10
Goal! (2005)
![]() |
| Total Film |
Filem bolasepak yang dianggap sebagai terbaik oleh sesetengah peminat bola sepak, Goal menceritakan kisah watak fiksyen bernama Santiago Munez yang berhasrat mengejar impian beliau menjadi pemain bola sepak profesional di Eropah. Sokongan padu yang diberikan oleh FIFA terhadap filem ini membenarkan nama dan pemain kelab bolasepak yang sebenar digunakan.
IMDB: 6.8/10
Shaolin Soccer (2001)
![]() |
| Top Drawer Soccer |
Bolasepak digabungkan dengan seni bela diri kungfu Shaolin adalah plot utama filem ini. Unsur komedi dan drama telah diadun dengan baik produksi filem hingga merangkul tujuh anugerah pada 21st Annual Hong Kong Film Awards. Watak utama filem ini dilakonkan oleh pengarah filem ini, Stephen Chow yang memegang peranan sebagai bekas sami tokong Shaolin yang bersemangat mengembangkan ideologi kungfu kepada masyarakat melalui sukan bola sepak.
IMDB: 7.3/10
Will (2011)
![]() |
| Liverpool Echo |
Updated 10.6.2014 (Thanks to Azlan Strider and Sal Bee Yah for the tips)– Filem drama dari British ini mengisahkan suka-duka perjalanan Will, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang meminati kelab bola sepak Liverpool, ke Istanbul Aku Datang untuk mengikuti perlawanan final UCL 2006, Liverpool menentang AC Milan. Perjalanan Will ke Istanbul turut dibantu oleh seorang pemain bolasepak Bosnia yang bernama Alek.
Final UEFA Champions League 2006 adalah paling dramatik dan merupakan antara detik paling bersejarah bagi peminat Liverpool.
IMDB: 7.0/10




















Shaolin soccer tu memang tak dinafikan memang salah satu cerita bertemakan bola yang best..hehehe..tapi antara cerita bertema bola yang best tapi tak tersenarai cerita yang best ialah “Will” iaitu sebuah filem english…
Regards,
-Strider-
aku setuju bro.. antara smua filem kat atas… sholin soccer pilihan utama aku… ada tema tsendiri..bkan lawak bdoh kosong.. he..he.. ;0
list filem yg lain nampaknya aku kna cari kat internet la ygok..nampak review mcm mnarik je 😛
saya suka shoalin soccer kerana unsur motivasi yang digarapkan dengan unsur humor berlebihan..filem lain belum tengok lagi.. (h)
Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo
nak komen pun tak reti sebab Kak Jah tak suka bola.. hehehe x-)
Citer “Will” tak tersenarai ke?Saya rasa filem tu best (bukan bias sebab sokong Liverpool FC ye..) hehe
dalam byk2 movie ni, shaolin soccer je yg aku pernah tengok. hehehe…
xpenah nengok pon yak dlm list ni.. tp penah nengok cite “Bend Like Beckham”.. masa tu Keira Knightley baru belajo belakon.. dia jd tomboy.. men bola sepak.. ngee
shaolin soccer tu mmg best utk realese tention .
shaolin soccer terbaikkk…mmg xbosan kalau ulang2 tgk..hehe.. :-d :-d
Paling tak tahan Zinadine Zidane tu..Itulah Piala Dunia paling best pernah akak tengok lepas 1994 punya…Tensen gila masa Zidane kena buang padang…siap jerit “Zidane…..!!!!Apa ko dah buat!!!” Sambil tarik rambut..hahahah
Ada yg dah tengok & ada yg aku tak tahu langsung.. boleh juga menonton ni nanti.. musim bola dah dtg.. 😀
Thanks for showing me useful information on your blog.
Brand Animators – Bringing Your Vision to Life with Innovative Video Solutions. From start-ups to large corporations, every business has a unique story to tell. At Brand Animators, our mission is to help you tell that story in a captivating and memorable way. As a top quality 3d, 2d animation video production company in Houston, Texas and best explainer video company in San Antonio, Texas and professional Healthcare & Medical animation video making studio in Dallas, Texas offer services such as 2d animation videos 3d animation videos, Motion graphics, 3d medical animation, Healthcare videos, Corporate films, Whiteboard animation videos, 3d Architectural walkthrough animation, Marketing and training videos, Product videos. And more! Whether you’re looking to promote your brand, educate your audience, or simply convey information in an engaging and visually appealing manner, Brand Animators has you covered. Our video solutions are tailored to your budget, timeline, and company objectives.