Suruhanjaya Antarabangsa mengenai Perlindungan Radiasi Non-Ionising (ICNIRP) baru-baru ini telah menyatakan isyarat 5G adalah selamat untuk digunakan. Kenyataan ini dimuatkan di dalam garis panduan Mengehadkan Pendedahan Terhadap Medan Elektromagnetik.
Kemaskini garis panduan perlindungan ini merupakan pertama kali dibuat sejak kali terakhir dipinda pada tahun 1998. Sungguhpun tiada bukti yang mengaitkan isyarat rangkaian 5G boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan manusia, badan piawaian ini tetap melaksanakan peraturan yang lebih tegas untuk perancangan masa depan.
Pengerusi ICNIRP, Dr. Eric van Rongen memaklumkan garis panduan terdahulu bersifat konservatif dalam kebanyakan kes, tetapi masih lagi memadai untuk teknologi semasa. Bagaimana, menurut beliau lagi garis panduan yang telah dikemaskini ini mampu memperincikan lagi panduan untuk julat frekuensi yang lebih tinggi, terutamanya yang di atas 6GHz.
Sekatan terbaru ini tidak akan melibatkan pemancar-pemancar isyarat 5G. Ianya lebih tertumpu pada peranti-peranti berkeupayaan menerima isyarat 5G. Garis panduan terbaru isyarat pemancar ini turut meliputi peranti 5G yang menyokong penerimaan isyarat berbentuk mmWave.
Sumber berita diperoleh dari ICNIRP













