Digital Nasional Bhd (DNB) telah mensasarkan penawaran kelajuan minima 100Mbps kepada pengguna 5G di pinggiran sel (cell edge). Kelajuan ini adalah lebih baik jika dibandingkan dengan kelajuan di titik paling lemah 4G iaitu 18Mbps sahaja.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif DNB, Encik Ralph Marshall, pihaknya mensasarkan liputan 5G sehingga 80% di kawasan berpenduduk menjelang 2024. Perluasan liputan ini dikatakan lebih pantas jika dibandingkan dengan pelaksanaan rangkaian 4G sebelum ini.

Ralph Marshall DNB
Ketua Pegawai Eksekutif DNB, Encik Ralph Marshall

Dalam pada masa yang sama, DNB juga akan memperluaskan liputan di sebahagian Sabah dan Sarawak menjelang 2022 bagi mengurangkan jurang digital.

Pihak DNB juga sedang mengadakan perbincangan bersama-sama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berkenaan isu penawaran kelajuan minima bagi pengguna 5G.

Tinggalkan komentar