Sempena hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, gua mengambil kesempatan ini untuk meminta ampun dan maaf di atas salah dan silap gua di sepanjang penulisan gua di dalam blog ini. Bidang penulisan gua ini masih dikira hijau lagi dan gua sedaya upaya memperbaiki mutu penulisan supaya ianya lazat dibaca.
Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada pengunjung-pengunjung blog gua terutamanya Dr. Ben dan miss hav0c yang rajin meninggalkan komen di dalam blog gua. Tanpa komen lu all semua, barangkali gua akan menulis secara syok sendiri. Tidak lupa juga kepada para pembaca-pembaca senyap yang lain yang turut sudi singgah.
Sebentar lagi sesudah Subuh gua akan berangkat memulakan perjalanan pulang sejauh 464km ke kampung halaman gua di Batu Gajah (Elephantstone). Sebelum itu, gua akan menyinggah sebentar di Kuala Lumpur untuk mengambil anak dan isteri gua yang dah lama gua tak ketemu semenjak 2 minggu sudah.
Akhir kata dari gua, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
![]() |
| via blogcatalog.com |















eid mubarak bro!
Selamat Hari Raya too. hehe