Utama Komputer Cara gunakan Windows Defender melalui Command Prompt

Cara gunakan Windows Defender melalui Command Prompt

917
0

Windows Defender merupakan aplikasi antivirus tetapan lalai di dalam Windows 10 dan ianya tidak jauh beza kualitinya dengan perisian antivirus berbayar lain di pasaran. Dari satu sudut, Windows Defender merupakan salah satu aplikasi antivirus yang paling jimat penggunaan sumber komputer.

Sungguhpun aplikasi antivirus dari Windows ini mudah dikendalikan melalui antaramukanya, ia turut menawarkan fungsi kawalannya melalui command prompt. Fungsi ini amat berguna apabila anda ingin mewujudkan skrip sendiri atau tugasan-tugasan komputer lain berjadual.

Baris arahan Windows Defender membenarkan anda melakukan tugasan-tugasan asasnya seperti mengimbas, menyenarai dan memulihkan fail yang dikuarantin, menambah tanda pengenalan dinamik dan membuang atau mengemaskini definisi antivirus.

Untuk menjalankan Windows Defender melalui command prompt, anda perlu membukanya melalui kebenaran pentadbir (administrative privileges). Pada kotak carian, taipkan “Command Prompt” dan klik kanan padanya untuk membuka melalui pilihan “Run as Administrator.”

Panduan menggunakan Windows Defender melalui Command Prompt

Sebelum itu, bagi anda yang biasa dengan paparan antaramuka Windows Defender, anda pastinya tahu aplikasi antivirus ini menyediakan tiga pilihan imbasan, iaitu:

  • Quick Scan: Sebagaimana namanya, imbasan ini dilakukan secara segera dengan mengimbas tempat-tempat biasa seperti kekunci registry dan folder start-up yang berkemungkinan terkesan akibat dari jangkitan virus. Kebiasaannya, imbasan ini boleh selesai dalam tempoh beberapa minit sahaja. Di dalam baris arahan, Quick Scan ditetapkan melalui arahan -ScanType 1.
  • Full Scan: Imbasan ini dilakukan secara menyeluruh ke dalam sistem komputer anda. Bergantung dengan sebanyak mana fail di dalam komputer anda, imbasan ini adakalanya memakan masa hingga berjam-jam untuk diselesaikan. Full Scan ditetapkan sebagai arahan -ScanType 2 di dalam baris arahan.
  • Custom Scan: Imbasan ini membenarkan anda melakukan imbasan menyeluruh pada pemacu-pemacu, folder atau fail-fail tertentu mengikut pilihan anda. Di dalam baris arahan, imbasan ini dinamakan sebagai -ScanType 3 dan terdapat tata arahan lain yang perlu dimasukkan untuk menentukan pemacu, folder atau fail mana yang perlu diimbas.

Jika anda ingin melakukan Quick Scan, berikut adalah arahannya:

"%ProgramFiles%\Windows Defender\MpCmdRun.exe" -Scan -ScanType 1

Untuk Full Scan, gantikan sahaja 1 dengan 2 pada baris arahan tadi.

Untuk melakukan Custom Scan pada folder-folder tertentu, gunakan baris arahan berikut dengan menggantikan “D:\Folder\Path” dengan lokasi folder pilihan anda.

Windows Defender juga mempunyai fungsi imbasan tambahan untuk mengimbas boot sector sistem untuk menjejak sebarang jangkitan. Virus boot sector menjangkiti Master Boot Record (MBR) yang seterusnya menjangkiti keseluruhan sistem apabila anda memulakan sistem komputer berkenaan. Untuk melakukan imbasan boot sector, gunakan arahan berikut:

Untuk membatalkan imbasan tersebut, tekan kekunci pintasan berikut, Ctrl + C.

Menguruskan fail kuarantin

Apabila Windows Defender menemukan sebarang ancaman, ianya akan memindahkan fail tersebut ke dalam Quarantine. Bagaimanapun, adakalanya mungkin terdapat kesilapan yang fail berkenaan diperlukan oleh anda dan boleh mendapatkannya semula dengan cara berikut.

  • Senaraikan fail-fail yang dikuarantin dengan arahan berikut:
    “%ProgramFiles%\Windows Defender\MpCmdRun.exe” -Restore -ListAll
  • Dari nama-nama fail yang disenaraikan, pilih fail yang anda ingin keluarkan dari senaraikan kuarantin dengan arahan berikut. Gantikan “FileName” dengan nama fail berkenaan.
    “%ProgramFiles%\Windows Defender\MpCmdRun.exe” -Restore -Name “FileName”

Pada kebiasaannya, Windows Defender mengemaskini secara automatik. Bagaimanapun, anda boleh mengemaskininya sendiri dengan menggunakan arahan berikut.

Itu sahaja sekadar perkongsian saya mengenai cara menggunakan Windows Defender melalui Command Prompt. Semoga panduan ini dapat memberikan manfaat buat anda dalam mengendalikan sistem operasi komputer anda.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.