Utama Komputer Windows 10 mewajibkan ruang storan simpanan untuk kegunaan kemaskini akan datang

Windows 10 mewajibkan ruang storan simpanan untuk kegunaan kemaskini akan datang

712
0

Oktober tahun lalu, pengguna-pengguna Windows 10 dilaporkan menghadapi pengalaman yang kurang menyenangkan sewaktu proses mengemaskini sistem operasi PC masing-masing berjalan. Sesetengah pengguna dilaporkan mengalami kehilangan data sebaik sahaja proses pengemaskinian sistem operasi PC mereka siap dijalankan.

Bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang lagi, Microsoft telah menetapkan sejumlah amaun “storan simpanan” bagi tujuan kegunaan pengemaskinian. Kemaskini yang bakal menyusul kelak, sebagai contoh memerlukan sekitar 7GB ruang storan simpanan.

Melalui penetapan storan simpanan ini, Microsoft menjelaskan fail-fail kemaskini akan mempunyai ruangan simpanan yang diperuntukkan khusus untuk tujuan tersebut. Windows akan membuang fail-fail yang tidak diperlukan dari tempat yang telah diperuntukkan berkenaan dan bagi memastikan tidak berlaku kesilapan memadam fail-fail yang tidak terlibat di dalam kemaskini.

Seterusnya, melalui peruntukkan khusus ini pengguna tidak lagi merasa terganggu dengan masalah storan yang secara tiba-tiba mengecil disebabkan proses kemaskini yang sedang berjalan.

Sumber berita diperoleh dari Microsoft

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.