Utama Mobile Android Vivo V17 Pro dijangka akan muncul; Hadir dengan 6 Kamera

Vivo V17 Pro dijangka akan muncul; Hadir dengan 6 Kamera

1011
0

Tidak berapa lama lagi dijangkakan Vivo V17 Pro bakal dilancarkan ke pasaran tempatan oleh Vivo Malaysia. Sungguhpun telefon pintar terbaru keluaran Vivo ini masih lagi belum diumumkan secara rasminya, pihak Vivo Malaysia telah mula mengacah kehadirannya.

Dijangkakan, telefon pintar ini bakal didatangkan dengan sokongan empat lensa untuk kamera utamanya yang ditempatkan pada bahagian belakang. Manakala dua lagi lensanya pula akan digunakan pada kamera swafotonya yang akan ditempatkan pada bahagian atasnya yang boleh dipacul naik.

Untuk spesifkasi, Vivo V17 Pro akan menggunakan cipset Snapdragon 675 dengan sokongan memori sehingga 8GB RAM. Telefon pintar yang menggunakan skrin Super AMOLED ini juga menawarkan sokongan penderia cap jari yang terbina dalam skrinnya.

Bagaimanapun, setakat ini pihak Vivo Malaysia masih lagi belum mengeluarkan sebarang tarikh rasmi pelancaran model terbaru keluarannya ini.

Sumber berita diperoleh dari Vivo Malaysia

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.