Vivo kebelakangan ini tampil dengan rekaan yang amat unik dan lain dari yang lain. Sebelum ini Vivo Nex hadir dengan kamera swafoto pop-up, manakala Vivo Nex Dual Display Edition pula menampilkan ciri dwi-paparan.

Kini, menerusi video produk rasminya, Vivo V15 Pro dipaparkan sebagai menawarkan kamera swafoto pop-up bersama-sama kamera utama dengan tetapan tri-kamera.

Video promosi berkenaan turut menampilkan duta produknya, Aamir Khan, seorang superstar Bollywood.

Setakat ini, Vivo masih belum menyatakan penderia apa yang digunapakai untuk kamera swafoto Vivo V15. Cuma berdasarkan maklumat terdahulu, berkemungkinan besar ianya dilengkapi dengan penderia Samsung ISOCELL Bright GD1.

Menerusi video berkenaan turut dipaparkan ciri tri-kamera kamera utama telefon pintar berkenaan yang menggunakan kecerdasan buatan. Tidak ketinggalan, fungsi penderia cap jari turut dimuatkan menerusi paparannya.

Vivo V15 Pro dilaporkan bakal dilancarkan di India 20 Februari ini dan dijangka bakal menjadi kesinambungan dari Vivo V11 Pro. Setakat ini masih tidak diketahui bilakah telefon pintar ini akan mula memasuki pasaran Malaysia.

Sumber berita diperoleh dari NDTV Gadgets

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.