Utama Mobile Android STB Unifi Plus Box TV 4K kini mula ditawarkan

STB Unifi Plus Box TV 4K kini mula ditawarkan

1602
0

TM hari ini melancarkan set-top-box (STB) IPTV terbarunya, Unifi Plus Box. Dioperasikan di atas platform Android TV, kotak media terbaru ini memberikan fungsi-fungsi tambahan terbaru kepada pelanggan-pelanggan Unifi TV.

Unifi Plus Box direka khusus bukan sekadar menyediakan kandungan HD Penuh, malah ianya juga mampu menyediakan kandungan berkualiti 4K. TM setakat ini masih lagi belum menyenaraikan kandungan-kandungan 4K yang akan ditayangkan melalui Unifi Plus Box.

Selain dari itu, Unifi Plus Box juga didatangkan bersama-sama aplikasi penstriman video yang telah dipra-pasang seperti iflix, dimsum, BBC Player, YuppTV, dan Viu. Aplikasi Fox+ setakat ini masih lagi belum disertakan bersama menurut TM.

Bagi pelanggan yang sudah melanggan sebarang pek Unifi TV, anda hanya perlu menambahkan kos langganan RM10 setiap bulan untuk mendapatkan STB ini. Untuk pengguna-pengguna pakej Unifi lain pula, anda boleh menukar ke plan Unifi 300Mbps dengan Unifi TV Ultimate Pack pada harga RM199 sebulan untuk mendapatkan STB berkenaan.

Untuk pelanggan-pelanggan baru atau yang tidak melanggan Unifi TV, anda mungkin boleh mengambil mana-mana pakej Unifi yang didatangkan bersama-sama unifi TV Ultimate Pack. Kos pemasangan RM53 dikecualikan sebagai satu promosi untuk memperkenalkan Unifi Plus Box.

Pengenalan produk baru dari TM seperti ini adalah langkah yang amat dialu-alukan oleh kebanyakan pengguna. Namun, beberapa kelonggaran seperti syarat kontrak yang terlalu panjang untuk pengguna-pengguna baru perlu dikaji semula bagi menarik lebih ramai pelanggan baru.

Sumber berita diperoleh dari Unifi

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.