Utama Mobile Aplikasi TikTok ungguli jumlah muat turun tertinggi di Apple App Store

TikTok ungguli jumlah muat turun tertinggi di Apple App Store

876
0

TikTok masih mengungguli kedudukannya di tempat pertama sebagai aplikasi yang paling banyak dimuat turun di Apple App Store untuk suku tahunan kelima berturut-turut. Aplikasi berkenaan sebelum ini pernah denda $5.7 juta oleh FTC serta dihadkan penggunaannya kepada pengguna yang berusia di bawah 13 tahun, namun perkara ini kelihatan tidak menjejaskan prestasi keseluruhannya.

Berdasarkan laporan terkini oleh Sensor Tower, aplikasi ini telah dimuat turun lebih dari 33 juta kali di App Store sepanjang suku pertama 2019. Senarai tersebut diikuti oleh YouTube, Instagram, WhatsApp dan Messenger untuk menduduki tempat lima teratas.Muat turun aplikasi App Store Suku Pertama 2019

Twitter, di tangga ke-16 turut dilaporkan mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan untuk suku tahunan yang sama.

Dengan jumlah muat turun sehingga 11.7 juta aplikasi di App Store, ia seterusnya mencatatkan jumlah terbesar sejak suku pertama 2015. Pastinya, angka-angka ini tidak semestinya diterjemahkan kepada peningkatan pengguna aktif, kerana pemasangan bukanlah korelasi langsung kepada penggunaan.

Sungguhpun TikTok menggungguli di App Store, ianya bukanlah aplikasi yang paling banyak dimuat turun oleh peranti-peranti Android pada suku pertama tahun ini.

Melalui jumlah besar penggunanya tertumpu di segmen pasaran yang sedang berkembang, trend aplikasi Android amat berbeza dengan iOS. Sepintas lalu, WhatsApp merupakan aplikasi nombor 1 di Google Play, dengan hampir 199 juta pemasangan. Ia kemudiannya diikuti oleh Messenger, TikTok, Facebook dan Instagram.

Facebook, WhatsApp, Messenger, dan TikTok kesemuanya menyaksikan lebih daripada 150 juta pemasangan sepanjang suku pertama 2019.

Walaupun bukan aplikasi paling popular di Android, TikTok masih mempunyai jumlah pengguna yang besar terutamanya di India. Sejumlah 88.6 juta pengguna baru memasang aplikasinya pada suku pertama, meningkat 8.2 kali berbanding suku pertama 2018.

Aplikasi ini pernah diharamkan di India pada bulan April atas sebab salah guna untuk penyebaran kandungan cetak rompak, dan pornografi. Walaubagaimanapun, larangan berkenaan ditarik balik dalam bulan yang sama.

Sumber berita diperoleh dari Sensor Tower

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.