Utama Teknologi Lebih banyak Syarikat Teknologi Utama Dunia memindah keluar Kilang Pembuatan dari China

Lebih banyak Syarikat Teknologi Utama Dunia memindah keluar Kilang Pembuatan dari China

1618
0

Beberapa syarikat-syarikat teknologi utama dunia dilaporkan kini sedang mempertimbangkan untuk memindahkan keluar sebahagian kilang pembuatan perkakasannya dari China. Perkembangan ini disebabkan oleh perang perdagangan antara A.S. dan China selepas A.S. mengenakan tarif 25 peratus terhadap barangan yang diimport dari China.

Menurut laporan dari Nikkei, HP dan Dell sedang memindah keluar 30 peratus pembuatan laptopnya dari China. Manakala Lenovo, Acer dan ASUS juga bakal mengikut jejak langkah yang sama.

Pembuatan konsol permainan dan peranti-peranti turut sama terkesan apabila Microsoft, Sony, Nintendo, Google dan Amazon turut sama mempertimbangkan untuk mencari tapak baru untuk sebahagian proses pembuatan produknya selain dari China.

Bulan lalu, Apple pernah dilaporkan akan memperhalusi langkah pemindahan 30 peratus kilang pembuatannya ke luar China. Berdasarkan perkembangan terkini, dijangkakan syarikat-syarikat teknologi ini mungkin mempertimbangkan untuk memilih negara-negara di rantau Asia Tenggara sebagai hab pengeluaran terbaru.

Selain dari disebabkan oleh peningkatan kadar tarif yang dikenakan terhadap import barangan dari China, kos pengeluaran yang semakin meningkat di China turut mempengaruhi keputusan ini. Kedua-dua faktor ini menjadikan kos pengeluaran di China lebih tinggi berbanding membina kilang pengeluaran di negara-negara lain selain dari China.

Sumber berita diperoleh dari Nikkei

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.