Syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan seru-pandu diingatkan supaya tidak mengenakan komisen lebih daripada kadar 20 peratus yang telah ditetapkan terhadap pemandu-pemandunya.

Pihak Kementerian Pengangkutan telah mengesan terdapat syarikat-syarikat yang mengenakan komisen sehingga 25 peratus lebih dari kadar yang telah ditetapkan.

“Segala syarat mesti mereka patuhi, salah satu dasar yang kita tetapkan adalah komisen dibenarkan hanya 20 peratus maksimum.

“Tidak boleh ada mana-mana tambahan komisen yang lain. Saya tahu ada syarikat menggunakan helah untuk komisen lain, ini tidak dibenarkan,” menurut Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke.

Tambah beliau lagi, sekiranya terdapat mana-mana syarikat yang melanggar syarat, tindakan tegas termasuk menarik balik lesen akan dikenakan terhadap syarikat berkenaan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Pemantauan berterusan akan dijalankan oleh pihak kementerian agar tiada syarikat mengambil kesempatan terhadap pemandu. Sehingga kini, sebanyak 31 buah syarikat pengendali perkhidmatan seru-pandu mendapat kelulusan permohonan Lesen Perniagaan Pengantaraan (LPP) dari APAD.

Sumber berita diperoleh dari MalaysiaKini

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.