Secara praktikalnya, permainan-permainan yang dimainkan pada PC atau konsol adalah lebih responsif berbanding jika dimainkan dari awanan (cloud). Bagaimanapun, Google berfikiran sebaliknya apabila merujuk pada perkhidmatan permainan awanannya, Stadia.

Timbalan Presiden Bahagian Kejuruteraan Google, Encik Madj Bakar menyatakan keupayaan ini mampu dicapai dalam tempoh setahun dua lagi. Google dikatakan bakal menggemblengkan pembelajaran mesin untuk membangunkan keupayaan yang dinamakan sebagai “latensi negatfi”.

Antara yang mampu dicapai oleh keupayaan ini termasuklah peningkatan mendadak kadar FPS (bingkai per saat) untuk mengurangkan lag input hinggalah meramalkan input dari pengguna.

Salah kelebihan keupayaan berkenaan, iaitu meramal input pengguna, mampu dicapai menggunakan teknik Pengunjuran Ranting (Branch Prediction) yang biasa digunakan dalam perekaan CPU. Secara teorinya nampak hebat, namun ia tidak semestinya menjanjikan hasil yang diinginkan. Jika ramalan yang dibuat salah, anda mungkin mengalami perkara sama ketika berhadapan dengan keadan lag yang kritikal.

Apa pun, kita masih lagi perlu untuk tunggu dan lihat perkembangan teknologi terbaru yang bakal diperkenalkan oleh Google ini. Google Stadia dijadualkan bakal dilancarkan pada bulan November ini.

Sumber berita diperoleh dari PCGamesN

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.