Samsung secara rasminya telah mengumumkan storan terbenam terbarunya, Universal Flash Storage (eUFS) 2.1 dengan kapasiti storan 1TB hari ini. Turut dinyatakan, medium storan berkenaan kini sudah pun berada diperingkat pengeluaran secara besar-besaran.

Sebelum ini, kapasiti terbesar eUFS keluaran Samsung adalah 512GB dan medium berkenaan menawarkan kelajuan baca dan tulis masing-masing pada 1000MB/s dan 260MB/s. Manakala kelajuan baca dan tulis rawaknya pula masing-masing adalah pada kadar 58000 IOPS dan 50000 IOPS.

Kehadiran eUFS 2.1 dengan kapasiti 1TB ini menguatkan lagi andaian sesetengah pihak bahawa telefon pintar mercu keluaran Samsung yang akan datang bakal menggunakannya. Besar kemungkinan Samsung Galaxy S10+ bakal dilengkapi dengan storan medium berkenaan.

Bagaimanapun, segala persoalan berkenaan telefon pintar mercu keluaran Samsung ini bakal terjawab menjelang acara Samsung Unpacked yang dijadualkan berlangsung pada 20 Februari ini di San Francisco.

Sumber berita diperoleh dari Samsung

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.