Utama Mobile Aplikasi Samsung Pay kini menambah kad Maybank Mastercard sebagai pilihan bayaran

Samsung Pay kini menambah kad Maybank Mastercard sebagai pilihan bayaran

760
0

Pengguna Samsung Pay kini boleh menambah kad Maybank Mastercard ke dalam pilihan bayaran bagi perkhidmatan transaksi dalam talian berkenaan.

Sebelum ini Samsung Pay hanya menyediakan pilihan bayaran melalui Maybank dari kad-kad Visa Credit, Debit dan Prabayar sahaja.

Untuk menambah kad baharu ke dalam mana-mana peranti yang menyokong fungsi Samsung Pay, pengguna hanya perlu pergi ke aplikasi Samsung Pay dan tambahkan kad bayaran terbaru.

Selepas mengikuti arahan yang diberikan, pengguna akan menerima satu SMS pengesahan. Sebaik sahaja selesai, pengguna boleh menggunakan kad Mastercard berkenaan melalui peranti yang telah ditetapkan tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Maybank pada masa ini sedang menjalankan promosi yang memberi peluang kepada pengguna untuk memenangi baucar misteri menerusi Samsung Rewards Mystery Box.

Untuk melayakkan diri, pengguna perlu menjalankan sekurang-kurangnya 4 kali transaksi sebulan menggunakan kad-kad Maybank atau Maybank Islamic Mastercard Debit, Credit dan Prabayar melalui Samsung Pay. Setiap pengguna dihadkan hanya 1 baucar sahaja bagi setiap bulan. Kempen promosi ini bermula dari 1 September 2019 sehingga 31 Januari 2020. Maklumat lanjut mengenai promosi ini boleh didapati menerusi laman promosi Maybank.

Sumber berita diperoleh dari RinggitPlus

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.