Hari ini Samsung Malaysia telah melancarkan Galaxy A80 ke pasaran tempatan pada harga RM2,499. Bagi 1,000 orang pertama yang membuat pembelian telefon pintar ini bakal menerima peranti penjejak kecergasan Galaxy Fit dan pakej Edisi Khas Blackpink.

Telefon pintar ini dilengkapkan dengan spesifikasi sebuah cipset lapan teras Snapdragon 730, bersama-sama RAM 8GB, storan dalaman 128GB dan bateri berkapasiti 3700mAh. Paparannya yang berukuran 6.7-inch Full HD+ turut disertakan bersama pengimbas cap jari terbina di dalamnya.

Ciri unik kamera berputar yang ditawarkan olehnya membolehkan pengguna menggunakan kamera utamanya untuk mengambil swafoto. Kamera berkenaan mengandungi tetapan sebuah penderia berlensa 48MP f/2.0, sebuah lagi lensa bersudut ultra luas 123-darjah 8MP f/2.2 dan sebuah lensa penderia kedalaman 3D.

Untuk Galaxy A80 Pakej Edisi Khas Blackpink, selain dari kotak pembungkusan bertema Blackpink, pembelian akan turut disertakan dengan selongsong (casing) bertema Blackpink. Juga tidak ketinggalan dok pengecasan, kad nombor siri produk, dan juga set kad foto anggota kumpulan Blackpink.

Bagi pengguna yang berminat boleh membuat pembelian secara atas talian melalui Lazada, PrestoMall dan Shopee. Selain itu, pembelian juga boleh dibuat di Samsung Experience Stores dan kedai-kedai menjual telefon pintar terpilih yang berhampiran.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.