Bagi anda yang sering mengikuti perkembangan teknologi perkakasan PC, pemprosesan AMD Ryzen Threadripper Generasi Ketiga adalah satu nama yang tidak asing lagi. Sungguhpun pemprosesan ini sudah lama memasuki pasaran di sebahagian rantau lain, pengguna di Malaysia masih lagi tertunggu-tunggu kehadirannya ke pasaran tempatan.

Bagaimanapun, AMD baru-baru ini telah mengumumkan senarai harga bagi pemprosesan terbarunya ini di pasaran Malaysia. Bagi pemprosesan Ryzen Threadripper 3960X yang mempunyai 24 teras dan 48-bebenang serta kelajuan klok asas 3.8GHz, harga yang akan ditawarkan adalah RM5,899.

Manakala untuk pemprosesan yang lebih tinggi iaitu Ryzen Threadripper 3970X, yang menawarkan 32-teras dan 64-bebenang serta kelajuan klok asas 3.7GHz pula, harga yang ditawarkan adalah RM8,399.

Memandangkan CPU 7nm terbaru ini memerlukan cipset baru, TRX40, ianya tidak boleh disesuaikan dengan papan induk berasaskan cipset X399.

Tiada sebarang tarikh spesifik diumumkan bagi keberadaan CPU-CPU ini. Namun, dijangkakan ianya bakal hadir sekitar awal Disember ini.

Sumber berita diperoleh dari Pokde.net

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.