Siri Redmi Note 7 diperkenalkan sebagai barisan telefon pintar keluaran pertama oleh sub-jenama Redmi selepas diasingkan dari jenama induknya, Xiaomi. Selepas tempoh lebih enam bulan dilancarkan di pasaran global, telefon pintar berkenaan kini disahkan telah dijual lebih dari 15 juta unit.

Maklumat berkenaan dihebahkan oleh Pengarah Urusan Global Xiaomi, Encik Donovan Sung melalui akaun Twitter beliau.

Antara faktor mengapa model telefon pintar ini begitu laris di pasaran selain dari harganya yang berpatutan adalah ciri rekaannya yang agak premium selain dari spesifikasinya yang amat berbaloi lebih dari sepadan dengan harganya.

Jumlah jualan unit ini turut merangkumi varian-varian lain termasuk Redmi Note 7 Pro dan juga Redmi Note 7S di pasaran India. Hadir dengan paparan bertakuk 6.26-inci HD+, telefon pintar ini dilengkapkan dengan pemprosesan oleh cipset Snapdragon 632. Berbeza dengan versinya pada Redmi 6 dahulu, untuk kali ini telefon pintar ini menawarkan sistem dwi-kamera untuk kamera utamanya iaitu 12MP +2MP. Manakala kamera swafotonya pula, ia menawarkan kamera 8MP.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.