Pos Malaysia dilaporkan sedang mengalami gangguan sistem dalaman dan juga perkhidmatan atas taliannya di seluruh negara. Sesetengah pengguna di media sosial menyatakan gangguan ini sudah berlaku selama beberapa hari sebelum ini.

Walaubagaimanapun, pihak Pos Malaysia mengumumkan gangguan ini secara rasminya melalui Facebook pada 20 Oktober sekitar jam 10 malam.

Berikutan itu, Pos Malaysia turut mengeluarkan penjelasan lanjut berhubung insiden ini bagi menerangkan keadaan sebenar sekitar jam 12:23 tengahari 21 Oktober. Menurutnya, keadaan ini disebabkan oleh masalah teknikal pada sistem dalaman perkhidmatan pos nasional ini.

Bagi mengatasi masalah ini, beberapa langkah pembaikan telah dilakukan termasuklah dengan mematikan sistem berkenaan buat sementara waktu. Langkah ini dilakukan demi memastikan tiada kekeliruan berlaku sepanjang tempoh pembaikan dilakukan.

Mengambil kira tempoh gangguan yang agak panjang ini, kemungkinan masalah yang agak besar sedang berlaku terhadap sistem dalaman perkhidmatan pos nasional ini.

Diharapkan pihak Pos Malaysia mampu menyelesaikan masalah yang sedang berlaku ini dengan jayanya.

Sumber berita diperoleh dari Facebook Pos Malaysia

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.