Utama Mobile PLUS laksanakan sistem RFID bermula 1 Januari 2020; Sokong eDompet Touch ‘n...

PLUS laksanakan sistem RFID bermula 1 Januari 2020; Sokong eDompet Touch ‘n Go

935
0
Plaza Tol-RFID dan SmartTAG

PLUS baru-baru ini mengumumkan pelaksanaan sistem identifikasi frekuensi radio (RFID) di seluruh plaza tol bermula dari 1 Januari 2020. Pengumuman ini turut disertai bersama-sama syarikat induk Touch ‘n Go (TnG), Kumpulan CIMB menerusi penggunaan sistem RFID TnG.

Perkembangan ini bermakna pengguna PLUS tidak lama lagi boleh menggunakan eDompet TnG untuk membayar tol melalui fungsi PayDirect. Kementerian Pengangkutan, Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia turut menyelia pelaksanaan sistem plaza tol terbuka yang terbaru ini.

Sistem plaza tol terbuka ini memerlukan pengguna membayar amaun yang telah ditetapkan di plaza-plaza tol. Manakala sistem yang terdahulu iaitu sistem pembayaran tol tertutup memerlukan pengguna mengambil tiket ketika memasuki lebuhraya dan dikehendaki membayarnya apabila keluar dari lebuhraya. Menurut PLUS, secara keseluruhannya pihaknya kini sedang mengendalikan 11 sistem plaza tol terbuka bersama-sama 83 sistem tol tertutup di seluruh Semenanjung Malaysia.

Selain itu, pihak PLUS turut mengumumkan sistem RFID bakal dilaksanakan secara rasmi bermula 1 Januari 2020. Pengarah Urusan PLUS, Encik Azman Ismail turut mendedahkan pihak kerajaan sedang merancang untuk mewajibkan pelaksanaan RFID di seluruh plaza tol sistem terbuka bermula tahun depan meliputi lebuhraya bukan kendalian PLUS.

Plaza-plaza tol PLUS yang kini masih lagi menggunakan sistem tertutup akan mula dipasangkan sistem RFID bermula pada 1 April 2020. Pihak PLUS dan Kumpulan CIMB turut memberi jaminan pelaksanaan RFID tidak akan menyebabkan sistem-sistem lain seperti kad fizikal Touch ‘n Go, SmartTAG dan PayDirect tergendala.

Sumber berita diperoleh dari The Star

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.