Rentetan dari tindakan AS mengharamkan syarikat-syarikat di dalam negaranya dari menjalankan perniagaan dengan gergasi teknologi dari China, Huawei, syarikat-syarikat berkenaan dilaporkan telah cuba melobi kerajaan Amerika Syarikat untuk memberikan kelonggaran terhadap larangan berkenaan.

Alasan utama terhadap penguatkuasaan larangan berkenaan adalah risiko terhadap keselamatan negara. Walaubagaimanapun menurut Reuters, para pengeluar cip menyatakan bahawa telefon pintar dan komputer keluaran Huawei hanya menggunakan komponen kegunaan umum dan tidak memberi ancaman terhadap keselamatan.

Sumber dari Reuters berkenaan juga menyatakan bahawa desakan melonggaran larangan ini lebih bertujuan melindungi kepentingan syarikat-syarikat di A.S. Turut dilaporkan Huawei telah membelanjakan pembelian komponen sebanyak $11 bilion (lebih kurang RM45.95 bilion) daripada syarikat-syarikat A.S. seperti Intel, Qualcomm dan Micron tahun lalu.

Pihak Huawei juga turut berusaha membantah larangan tersebut dengan memfailkan saman dan mencabarnya di mahkamah pada bulan lepas. Selain itu, kerajaan China juga dijangka akan bertindak balas dengan mempertimbangkan untuk mengeluarkan senarai hitamnya sendiri untuk syarikat yang enggan bekerja sama dengan syarikat-syarikat Cina.

Sumber berita dari Reuters

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.