Selepas tarikh penguatkuasaan peraturan baru bagi perkhidmatan seru pandu bermula semalam, pihak kerajaan bersetuju memberi sedikit kelonggaran dalam pelaksanaannya untuk sementara waktu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke semalam, Kabinet telah meluluskan untuk menangguhkan pelaksanaan peraturan baru ini selama tiga bulan melalui pendekatan “soft landing”. Justeru, membenarkan pemandu yang masih lagi belum mendapatkan lesen PSV mereka meneruskan operasi sehingga Oktober ini.

Di dalam pengumuman tersebut, Encik Anthony Loke turut memaklumkan sejumlah 17,596 Permit Kenderaan Seru Pandu(eVP) telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan yang melibatkan 4,126 untuk teksi eVP dan 13,380 untuk kenderaan persendirian. Pada masa yang sama, sejumlah 22,981 pemandu telah lulus ujian PSV setakat ini.

Grab baru-baru ini turut melaporkan pengurangan sehingga 20 peratus pemandu Grab yang sedia beroperasi sejak semalam. Secara tidak langsung menjejaskan pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan berkenaan. Pengumuman penangguhan ini bagaimanapun disambut baik oleh pihak syarikat pengendali perkhidmatan seru pandu berkenaan.

Sumber berita diperoleh dari Facebook Anthony Loke, Terima kasih untuk tips dari Shafiq A. Mahalley

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.