Microsoft mempunyai sebabnya yang tersendiri menggalakkan pengguna sistem operasi Windows 10 supaya menggunakan Microsoft Edge berbanding menggunakan pelayar lain seperti Internet Explorer. Pakar keselamatan Microsoft Windows, Chris Jackson turut menulis dalam satu blog berkenaan hal ini di dalam artikel yang bertajuk, “The perils of using Internet Explorer as your default browser.”

Di dalam artikel berkenaan, beliau menyebut “Internet Explorer is a compatibility solution.” Hal ini kerana sesetengah organisasi masih lagi menggunakannya sebagai laman web utama dan aplikasi web. Sesetengahnya tidak mahu menaik taraf laman dan aplikasi masing-masing bagi menyesuaikannya dengan pelayar moden dan sebaliknya terus kekal dengan konfigurasi asalnya yang berdasarkan Internet Explorer.

Masalahnya dengan Internet Explorer ini adalah ianya tidak dikemaskini dengan piawaian web yang terkini. Hal ini menyebabkan sesetengah halaman web dan aplikasi web tidak dapat dipaparkan sepenuhnya dengan baik. Ditambah lagi dengan masalah keselamatan, ianya juga menjadi salah satu faktor penyumbang kekangan penambahbaikan untuk kemaskini Windows.

Perkara ini secara umumnya tidak begitu memberi kesan terhadap pengguna biasa memandangkan kita biasanya akan memuat turun pelayar lain seperti Chrome atau Mozilla Firefox misalnya. Namun, untuk organisasi perkara penambahbaikan pada laman atau aplikasi web organiasi yang sudah lapuk perlu dititikberatkan. Microsoft sendiri pun tidak inginkan Internet Explorer, kenapa pula masih ada organisasi yang masih lagi setia dengan Internet Explorer ini?

Sumber berita diperoleh dari Microsoft

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.