Sebagaimana yang diketahui, sekatan perdagangan terhadap Huawei mengakibatkan gergasi teknologi dari China tersebut diharamkan dari menjalankan urus niaga dengan syarikat-syarikat A.S seperti Intel, Qualcomm, ARM dan Google. Seterusnya menyebabkan menyebabkan kerugian di pihak Huawei selain dari membawa kepada ketidaktentuan perniagaannya di masa hadapan.

Sekatan perdagangan ini bagaimanapun, turut memberikan kesan buruk terhadap syarikat-syarikat berpangkalan di A.S yang berurusan dengan Huawei. Laporan terkini dari Reuters turut menyebut pengeluar cip seperti Intel dan Qualcomm sedang melobi membantah larangan tersebut kerana ianya memberikan impak kewangan yang besar di kedua-dua belah pihak.

Selain dari pengeluar-pengeluar cip, gergasi teknologi lain seperti Microsoft turut mengikut jejak langkah yang sama.

Pihak Micorsoft setakat ini masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pendiriannya di dalam isu ini. Sebelum ini, ibu pejabat cawangannya di China telah menangguhkan penghantaran sistem operasi Windows mereka kepada Huawei. Tindakan ini mungkin dilihat sebagai persediaan dalam menghadapi ketidaktentuan dalam rundingan perdagangan antara A.S dan China.

Namun, Microsoft menyatakan bahawa pihaknya masih lagi meneruskan penjualan laptop Huawei melalui laman webnya. Perubahan senario perang perdagangan kini dilihat mula beralih apabila Microsoft kelihatan seperti turut serta membantah pengharaman ini sebagaimana yang dibuat oleh Intel dan Qualcomm.

Microsoft turut memaklumkan penjualan laptop Huawei MateBook sedia ada masih lagi diteruskan bersama-sama sokongan kemaskini untuk seluruh peranti-peranti Huawei yang menggunakan sistem operasi Windows.

Sumber berita diperoleh dari CNBC

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.